Isu lain Wikipedia:Garis_panduan_penulisan_yang_lebih_baik

Gelaran hormat Jangan menggunakan gelaran hormat atau gelaran seperti Encik, Cik, Doktor, dan sebagainya.Perkara yang tidak sesuai Jika anda mencuba mengubahkan bentuk sesuatu perkara yang tidak sepatutnya dimasukkan ke dalam Wikipedia — kumpulan muzik anda, tapak Web anda, produk syarikat anda — sila fikirkan dua kali. Wikipedia bukan perantara untuk pengiklanan atau perkhidmatan untuk laman web yang lain. Jika rencana anda merupakan iklan ataupun hanya untuk pemuasan peribadi, ia tidak akan kekal di sini. Masyarakat Wikipedia bukan terdiri daripada orang yang bodoh.Pengelasan Oleh sebab rencana-rencana Wikipedia tidak dikategorikan dengan teliti seperti yang terdapat di ensiklopedia bercetak, setiap rencana harus mengandungi pautan-pautan ke rencana-rencana yang berkaitan supaya bertindak sebagai kategori.Jangan mencipta rencana yatim Jangan mencipta rencana yatim. Paut dan paut. Sewkatu anda menulis halaman untuk rencana baru, pastikan bahawa sekurang-kurang satu halaman dikaitkan kepadanya (jika boleh, lebih banyak lebih baik supaya rencana anda tidak menjadi yatim sekiranya mana-mana satu pengguna mengubahkan rencana tunggal yang berkait kepada halaman anda). Talian pautan dari Halaman Utama ke setiap rencana dalam Wikipedia harus dipeliharakan supaya tidak terputus. Laluan yang anda menggunakan untuk mencari rencana anda mungkin boleh memberikan anda isyarat untuk memutuskan rencana yang mana harus berpaut ke rencana anda.Pautan Sewaktu anda mencipta pautan, cuma ciptakan satu pautan untuk satu istilah (atau beberapa pautan, jika rencana terlalu panjang); jangan mempaut semua perkataan untuk istilah yang sama. Sila lihat: Wikipedia:PautanMenggabungkan perubahanSewaktu anda membuat perubahan kepada teks, jangan sahaja memasukkan teks baru pada penghujung halaman. Sila masukkan teks anda supaya ia mengalir dengan lancar dalam rencana. Rencana Wikipedia harus merupakan karya yang bersepadu dan sering berkembang, bukannya satu siri komen yang terputus-putus mengenai satu perkara.Perkara yang tidak mustahak juga mustahak Ingati keseronokannya membaca perkara yang tidak mustahak: naib presiden, ahli sains yang kehilangan kepercayaan, pelakon watak jahat, bandar raya backwater, spesies yang pupus, perincian yang tidak penting. Bukan kesemua perkara mesti merupakan yang terbaik, terpenting, atau terpengaruh. Jika anda boleh mencipta pautan yang menarik ke perkara pinggir, ciptalah sahaja.Elakkan kesilapan yang biasa berlaku Adalah amat senang untuk membuat kesilapan dalam Wikipedia. Tidak ada salahnya — semua orang membuat kesilapan! Bagaimanapun, di sini ada beberapa kesilapan yang anda mungkin hendak mengelakkan.Membuat salinan peribadiAndaikan anda termasuk perang penyuntingan. Atau lebih teruk, perang pengembalian ke asal. Namun cuba tenangkan diri. Ini adalah bagus. Syabas! Bagaimanapun, bukankah bagusnya jika anda dapat lagi meneruskan rencana anda, walaupun terdapat perang penyuntingan, dan walaupun versi terkini adalah versi buruk yang disokong oleh pihak pembangkang dalam perselisihan?Namum ciptakanlah salinan peribadi sebagai subhalaman untuk halaman pengguna anda. Cuma mulakan halaman baru di Pengguna:NAMA ANDA/NAMA RENCANA, dan salin-dan-tampal sumber-wiki anda ke sana. Kemudian, anda boleh memperbaiki rencana anda tanpa perselisihan! Jika anda suka, anda boleh mencatatkan nota dalam halaman perbualan supaya pengguna lain dapat mengetahui apa yang anda telah membuat.Pada bila-bila masa sahaja selepas perselisihan sudah tamat, gabungkanlah perbaikan anda dengan rencana sasaran. Pengguna yang bertentangan mungkin telah meninggalkan Wikipedia kerana tidak suka akan portal ini. Atau mereka mungkin telah mengunjungi projek lain. Atau mereka mungkin telah berubah pendapat mereka. Kemungkinan juga pengguna lain telah membuat penyuntingan yang seakan-akan serupa dengan anda (tetapi memang tidak serupa mutunya dengan perbaikan anda kerana anda mempunyai lebih masa untuk mempertimbangkan perkara ini). Cubalah! Mungkin anda suka cara ini.